PENGUASAAN KEMAHIRAN VOKASIONAL MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (MBKMP) DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BAGI PERSEDIAAN SIJIL KEMHIRAN MALAYSIA

Authors

  • Kama Shaffeei

Keywords:

Kemahiran Vokasional (KV), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi menilai dan menganalisis tahap penguasaan Kemahiran Vokasional(KV) Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Objektif kajian ini adalah menghasilkan satu Instrumen Penguasaan Kemahiran Vokasional (IPKV) MBKMP di PPKI. Kaedah kajian yang digunakan ialah secara kuantitatif bagi mendapatkan tahap penguasaan kemahiran vokasional MBKMP. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen melibatkan rujukan pakar dalam bidang berkaitan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.823 (Komponen KV Masakan), 0.728 (Komponen KV Pertanian) dan 0.948 (Komponen KV Jahitan). Manakala, data kajian rintis melibatkan 30 orang MBKMP di tiga Program Rintis PPKI, KPM Sekolah Menengah di negeri Selangor. Hasil kajian rintis menunjukkan MBKMP menguasai sebanyak 80% dalam KV Masakan, 50% dalam KV Pertanian dan 60% bagi KV Jahitan. Diharapkan kajian ini dapat membantu kesediaan MBKMP dalam penguasaan kemahiran vokasional bagi mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebelum ke alam pekerjaan.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Kama Shaffeei. (2017). PENGUASAAN KEMAHIRAN VOKASIONAL MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (MBKMP) DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BAGI PERSEDIAAN SIJIL KEMHIRAN MALAYSIA. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/137