PENGETAHUAN IBADAH REMAJA PEKAK DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Huzairi Awang@Husain
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim
  • Hajarul Bahti Zakaria

Keywords:

Pengetahuan ibadah, remaja pekak dan pembelajaran dan pengajaran Fardu Ain

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan mengenal pasti pengetahuan ibadah remaja pekak di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 89 orang remaja pekak muslim yang mengikuti pembelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran berumur dalam lingkungan umur 16 hingga 19 tahun seluruh Malaysia. Murid dikehendaki memberikan respon pengetahuan ibadah melalui soal selidik secara ujian lisan menggunakan bahasa isyarat tentang 5 perkara berikut iaitu bersuci, solat, puasa, zakat, dan aurat. Statistik deskriptif iaitu peratusan dan min digunakan dalam melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa pengetahuan ibadah remaja pekak tidak mencapai tahap yang memuaskan dan berada pada tahap rendah dengan keseluruhan skor min =1.19, SP=0.58. Analisis terperinci item pengetahuan ibadah bagi bersuci adalah M=1.22, SP=0.65, min pengetahuan solat M=1.16, SP=0.52, min pengetahuan puasa M=1.25, SP=0.71, min pengetahuan zakat M=1.26, SP=0.91 dan min pengetahuan aurat M=2.35, SP=1.59. Satu usaha perlu dilakukan bagi memperbaiki pengetahuan ibadah remaja pekak dan meningkatkan kesedaran mereka dan masyarakat tentang kepentingan mempelajari ibadah, di samping memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran Fardu Ain untuk remaja pekak di Malaysia.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Mohd Huzairi Awang@Husain, Rahimin Affandi Abdul Rahim, & Hajarul Bahti Zakaria. (2017). PENGETAHUAN IBADAH REMAJA PEKAK DI MALAYSIA. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/141