PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP PELAJAR OKU PENDENGARAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Authors

  • Suaiza Binti Khairi
  • Nurul Izza binti Redzuan
  • NazratulhudaHashim

Keywords:

majikan, pelajar OKU pendengaran, prestas

Abstract

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan individu yang mempunyai keku- rangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang mana pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan komunikasi mereka dalam masyarakat. Justeru itu, kajian yang berfokus kepada maklumbalas pihak majikan terhadap prestasi pelajar OKU pendengaran di politeknik yang menjalani latihan industri telah dijalankan yang melibat- kan pelajar yang mengikuti Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada sesi Disember 2016. Seramai 10 orang pelajar men- jalani latihan industri di 9 buah syarikat yang terdiri dari pelbagai sektor. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi majikan terhadap kemahiran dan pengetahuan teknikal, kema- hiran generik dan juga penilaian secara keseluruhan pelajar OKU pendengaran yang men- jalani latihan industri. Perlaksanaan kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik se- bagai instrumen kajian untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian. Hasil dapatan kajian mendapati, kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik pelajar- pelajar ini masih berada di peringkat sederhana manakala prestasi kerja secara keseluruhan pelajar OKU pendengaran berada pada tahap baik. Sumbangan hasil penyelidikan ini dapat dijadikan batu aras dalam penempatan latihan industri para pelajar OKU serta penerimaan pihak industri.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Suaiza Binti Khairi, Nurul Izza binti Redzuan, & NazratulhudaHashim. (2017). PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP PELAJAR OKU PENDENGARAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/142