MENDIDIK MURID PINTAR CERDAS: BERMOTIVASIKAH GURU MENGHADAPI CABARAN INI?

Authors

  • Nirwana Mohd Rashid
  • Zaharilah Haji Abdul Kadir

Keywords:

Pintar cerdas, Motivasi intrinsik tentang pintar cerdas, Guru sekolah rendah

Abstract

Pendidikan pintar cerdas adalah satu reformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang dikhususkan untuk mendidik murid pintar cerdas. Pakar-pakar bidang perkembangan guru bersetuju bahawa motivasi seseorang guru ialah pemboleh ubah yang sangat penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan juga gerak balas guru bagi melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum dengan berkesan. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan bagi meneroka sejauh mana tahap motivasi intrinsik guru sekolah rendah di Malaysia untuk mendidik murid pintar cerdas. Motivasi intrinsik guru terhadap pendidikan pintar cerdas dikaji daripada tiga dimensi utama iaitu iaitu dimensi kompeten guru, dimensi autonomi guru dan dimensi keterlibatan guru. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif menggunakan rekabentuk tinjauan deskriptif. Responden terdiri daripada 436 guru di sekolah rendah kluster di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi intrinsik responden untuk mendidik murid pintar cerdas secara keseluruhannya adalah tinggi (M=4.27, SP=0.74). Walau bagaimanapun apabila dikaji secara lebih terperinci mengikut dimensi didapati hanya dimensi autonomi guru (M=4.48, SP=0.99) dan dimensi keterlibatan guru (M =4.50, SP=0.71 ) adalah tinggi tetapi dimensi kompeten guru untuk mendidik murid pintar cerdas adalah rendah. (M=3.70, SP=1.12). Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah di Malaysia mempunyai tahap motivasi intrinsik yang tinggi untuk melibatkan diri dan membina rasa tanggungjawab yang mendalam dalam mendidik murid pintar cerdas. Namun dalam masa yang sama mereka masih mempunyai dorongan dalaman yang rendah dalam aspek kecekapan untuk menghadapi cabaran mendidik murid pintar cerdas.Sehubungan itu pendedahan maklumat dan latihan yang khusus berhubung pendidikan pintar cerdas perlu diberikan kepada para guru bagi meningkatkan dorongan diri untuk memenuhi keperluan pendidikan murid pintar cerdas.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nirwana Mohd Rashid, & Zaharilah Haji Abdul Kadir. (2017). MENDIDIK MURID PINTAR CERDAS: BERMOTIVASIKAH GURU MENGHADAPI CABARAN INI?. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/143