PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN PRASEKOLAH

Authors

  • V. Rajasegara Veloo

Abstract

Sistem Pendidikan Prasekolah di abad Ke-21 perlu memasukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai salah satu aspek kemahiran bernilai. Penerapan pengajaran KBAT di dalam pendidikan prasekolah perlu diajarkan secara eksplisit yang mungkin mengikut langkah-langkah pengajaran KBAT yang telah dicadangkan oleh para sarjana terkemuka dalam bidang ini untuk memperkenalkan Kemahiran-Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang tertentu. Beberapa faktor yang memberi kesan kepada tahap kemahiran berfikif kanak-kanak prasekolah perlu dikenalpasti dan memerlukan perancangan yang jitu perlu ada sebelum pengajaran KBAT dilaksanakan. Antara faktor yang perlu diambilkira perancangan sebelum, semasa dan selepas serta bentuk penerapan KBAT. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana unsur-unsur KBAT wujud dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah di sekolah-sekolah aliran perdana. Ia juga bertujuan untuk memaparkan dapatan kajian dijalankan berkaitan dengan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang- tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (KSPK), untuk meneroka sejauh manakah aspek ini diberikan penekanan oleh guru di dalam bilik darjah. Data kajian ini diperolehi secara kualitatif melalui temu bual dan pemerhatian bilik darjah. Seramai seramai 5 orang guru praktikum yang mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) ditemu bual dan pemerhatian bilik darjah juga dijalankan ke atas guru- guru tersebut. Hasil Kajian ini dijangka dari aspek strategi pengajaran dan pembelajaran, persediaan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan interaksi bilik darjah serta dilema yang dihadapi oleh guru untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kritis dan juga persepsi guru tentang program pengajaran KBAT yang dilaksanakan di peringkat pendidikan prasekolah.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

V. Rajasegara Veloo. (2017). PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN PRASEKOLAH. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/159