PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Authors

  • Mustaffar Abd Majid
  • Nor ‘Azah Ahmad Safran

Keywords:

Kerangka Penerimaan Teknologi Bantu, pengasuh, caregiver

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan penggunaan Teknologi Bantu (TB) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas (PK) berdasarkan A Framework for the Adoption of Assistive Technology (Kerangka Penerimaan Teknologi Bantu - KPTB) yang menyatakan peranan setiap pemegang taruh iaitu pengguna, pengasuh (caregiver), pakar TB dan pembangun TB melalui empat fasa penerimaan: Fasa Pembangunan, Fasa Pemilihan, Fasa Pembelajaran dan Fasa Pengintegrasian. Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk meneroka penggunaan TB dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas(PK) dengan memberi tumpuan terhadap atribut guru sebagai pengasuh (caregiver). Responden kajian dipilih sebagai persampelan bertujuan iaitu 3 orang guru pendidikan khas yang ditemubual untuk pengumpulan data. Data telah dikodkan dan dianalisis mengikut tema yang sama. Guru PK mempamerkan atribut sebagai pengasuh, iaitu guru perlu belajar dan menguasai peranti TB, menyokong MBK mengguna peranti baharu, mengikuti perubahan peranan peranti dalam dinamika masyarakat dan memahami bahawa proses penyesuaian TB merupakan usaha berterusan. Secara umum, berdasarkan dapatan temubual, ketiga-tiga guru PK tersebut memilik atribut sebagai pengasuh walaupun terdapat ruang dan peluang kepada mereka meneroka lebih banyak alat atau peranti TB baharu selain yang sedia ada di sekolah pada masa kini

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Mustaffar Abd Majid, & Nor ‘Azah Ahmad Safran. (2017). PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/165