PENGARUH TEKNOLOGI HIJAU BETA TERHADAP MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN SATU DI SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Yeap. T. W
  • Salleh Abd Rashid

Keywords:

teknologi hijau Beta, masalah pembelajaran

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknologi Hijau Gelombang Beta (THGB) dalam literasi bagi meningkatkan murid bermasalah pembelajaran di Sekolah Jenis kebangsaan Cina di Utara negeri Perlis, Malaysia. Kajian kuantitative ini melibatkan reka bentuk kuasi-experiment .Sampel kajian melibatkan 31 responden dari sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) di Perlis Malaysia. Kajian ini dirawat dengan simulasi gelombang Beta dalam 20Hz selama 9 minggu dan tanpa ada kumpulan kawalan. Satu ujian Kognitif yang menggunakan alat power mind untuk mengukur data sebelum dan selepas intervensi dilakukan . Ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan untuk melihat keberkesanan 20Hz gelombang Beta. Hasil dapatan kajian di analisis menggunakan SPSS 22 dan dilaporkan dalam bentuk deskriptif iaitu min, kekerapan, peratusan dan multipul regrasi. Dapatan keputusan bagi teknologi hijau gelombang Beta dengan 20 Hz memberi peningkatan yang signifikan dalam keupayaan belajar terhadap murid yang bermasalah pembelajaran

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Yeap. T. W, & Salleh Abd Rashid. (2017). PENGARUH TEKNOLOGI HIJAU BETA TERHADAP MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN SATU DI SEKOLAH RENDAH. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/169