KEMAHIRAN PEDAGOGI BAGI GURU PENDIDIKAN ISLAM (PENDIDIKAN KHAS) DALAM PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE

Authors

  • Norhasnira Ibrahim

Keywords:

Pedagogi, Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas, al- Quran Braille

Abstract

Braille merupakan salah satu daripada elemen utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Pendidikan Islam (PI) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdapat Program Pendidikan Khas khususnya bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan (MBK MaL). Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini, didapati bahawa terdapat beberapa isu berkaitan pengajaran al-Quran Braille seperti GPI PK yang masih belum mahir, bahkan ada di antara mereka yang langsung tidak mengetahui kod Braille al-Quran dan sebagainya. Oleh itu, objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tentang isu berkaitan GPI PK dalam pengajaran al-Quran Braille dan untuk mendedahkan para GPI PK tentang kemahiran pedagogi yang diperlukan oleh mereka sebagai persiapan diri sebelum memulakan pengajaran Al-Quran Braille. Metodologi bagi kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu dengan mengaplikasikan metod penentuan subjek dan pengumpulan data yang diperolehi daripada buku, kertas kerja, laman sesawang serta laporan-laporan hasil penyelidikan yang terdahulu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebanyak 13 kemahiran yang perlu diketahui, dikuasai dan dipraktikkan oleh para GPI PK untuk menjayakan pengajaran al-Quran Braille khususnya kepada MBK MaL.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Norhasnira Ibrahim. (2017). KEMAHIRAN PEDAGOGI BAGI GURU PENDIDIKAN ISLAM (PENDIDIKAN KHAS) DALAM PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/170