PENDAPAT PENSYARAH DAN BAKAL PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS KOLEJ KOMUNITI TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN)

Authors

  • Nurina Pillin Anak Sibat
  • Khalid Sepawi
  • Nor Azreen Ayub

Keywords:

Pendapat Pensyarah, Bakal Pensyarah, Kolej Komuniti, Bermasalah Pembelajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) terhadap pensyarah dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej Komuniti yang dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengetahui lima (5) cadangan penambahbaikan yang sesuai bagi program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas sebagai persediaan untuk mengajar pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan skala likert 5 poin dan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel bagi mencari min setiap pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden (pensyarah rintis) yang terlibat dalam program ini. Analisis dapatan kajian menunjukkan program yang diadakan adalah berkesan berdasarkan min keseluruhan yang dicatatkan pada tahap tinggi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nurina Pillin Anak Sibat, Khalid Sepawi, & Nor Azreen Ayub. (2017). PENDAPAT PENSYARAH DAN BAKAL PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS KOLEJ KOMUNITI TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN). Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/171