KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Authors

  • Nuraisyah Adnie Abd Rahman
  • Aliza Alias

Keywords:

Program transisi kerjaya, murid bekeperluan khas, kesediaan guru, pengetahuan, kemahiran, sikap

Abstract

Program transisi kerjaya adalah usaha positif dalam memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk menerima latihan kemahiran dan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid menguasai kemahiran pekerjaan. Latihan transisi kerjaya yang baik memberi peluang kepada mereka untuk bekerja seperti individu yang lain. Justeru, artikel ini adalah tentang kesediaan guru dalam pelaksanaan program transisi bagi murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tiga aspek kesediaan dikaji adalah dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap 83 orang guru Pendidikan Khas di sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik Likert-5 yang mengandungi empat bahagian iaitu latar belakang guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Dapatan kajian menunjukkan guru- guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana, tahap kemahiran yang rendah dan tahap sikap yang tinggi. Keseluruhannya, dapatan kajian bagi kesediaan guru dalam pelaksanaan program transisi bagi murid berkeperluan khas adalah berada di tahap sederhana berdasarkan ketiga-tiga aspek yang ditinjau.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nuraisyah Adnie Abd Rahman, & Aliza Alias. (2017). KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/172