TEKNIK FUZZY DELPHI: REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN WEBQUEST PENDIDIKAN KESIHATAN(WQPKes) UNTUK GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Authors

  • Alijah Binti Ujang
  • Syed Ismail Syed Noh

Keywords:

Pendidikan Kesihatan, Guru Pelatih Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP), Teknik Fuzzy Delphi, Murid Masalah Pembelajaran, Institut Pendidikan Guru

Abstract

Pendidikan Kesihatan merupakan kontinum pembelajaran yang membolehkan seseorang individu menjadi ahli masyarakat yang boleh membuat keputusan secara sukarela, mengubah suai dan mengubah keadaan sosial demi meningkatkan kesihatan diri (Wee, 2009). Sehubungan itu transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2015), telah memberi laluan penambahbaikan Kurikulum Alternatif untuk murid pendidikan khas masalah pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah meletakkan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk murid masalah pembelajaran di tahap dua mulai 2011 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2013). Oleh yang demikian, guru yang bakal mengajar murid masalah pembelajaran perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang Pendidikan Kesihatan supaya sikap dan amalan kesihatan yang betul akan terbentuk dalam diri murid-murid. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pakar tentang reka bentuk Modul Pembelajaran WQPKes untuk guru pelatih Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP). Kajian yang menggunakan teknik Fuzzy Delphi ini akan mendapatkan persetujuan pakar tentang tajuk, subtajuk, teknik belajar, aktiviti pembelajaran dan latihan resos yang sesuai untuk modul tersebut. Teknik Fuzzy Delphi telah melibatkan seramai dua puluh orang panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang Pendidikan Khas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pendidikan Kesihatan. Analisis telah dijalankan berdasarkan respon pakar terhadap soal selidik yang terdiri dari lima skala Likert linguistik. Nilai threshold‘d’ dihitung untuk menentusahkan persetujuan pakar terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua pensyarah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran khususnya agar tajuk dan subtajuk yang mendapat ranking tertinggi diberi perhatian semasa mengajar Pendidikan Kesihatan kepada guru pelatih PKMP dan teknik belajar, aktiviti pembelajaran dan latihan resos yang mendapat ranking tertinggi pula berpotensi dalam kajian pembangunan modul tersebut kelak.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Alijah Binti Ujang, & Syed Ismail Syed Noh. (2017). TEKNIK FUZZY DELPHI: REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN WEBQUEST PENDIDIKAN KESIHATAN(WQPKes) UNTUK GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/173