LITERASI AWAL AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Authors

  • Aminuddin Khalit

Keywords:

Literasi Awal Al-Quran, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Murid Bermasalah Pembelajaran

Abstract

Malim, Perak Darul Ridzuan

aaminuddinkhalit@yahoo.com.my

Abstrak : Kertas kerja ini membincangkan penggunaan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran dan Kaedah Iqra’ terhadap literasi awal Al-Quran murid bermasalah pembelajaran di kelas pendidikan khas. Kajian ini melibatkan enam orang murid bermasalah pembelajaran kelas pendidikan khas integrasi di dua buah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Sampel kajian dibahagikan sama rata kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah Iqra’ dan kumpulan murid yang belajar menggunakan Kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran. Hasil dapatan menunjukkan murid yang menggunakan kaedah KGBK Al-Quran berbanding kaedah Iqra’. Perbezaan skor pencapaian di antara dua kumpulan kajian menunjukkan kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran memperoleh skor lebih tinggi dan peningkatan kemahiran membaca lebih cepat berbanding kumpulan yang belajar menggunakan kaedah Iqra’ yang hanya memperoleh skor yang rendah. Pada asasnya dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca AlQuran berkesan terhadap peningkatan pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran AlQuran

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Aminuddin Khalit. (2017). LITERASI AWAL AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/176