PENGGUNAAN PERMAINAN BLOK DALAM PENGAJARAN MATEMATIK UNTUK MURID BERMASALAH PENDENGARAN (USING BLOCK IN TEACHING MATHEMATIC FOR HEARING IMPAIRMENT STUDENTS)

Authors

  • Lajiwin@Jovinia Kudun
  • Nancy Anthony

Keywords:

permainan blok, nombor bulat, nilai tempat, konsep matematik

Abstract

Penggunaan permainan blok merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik di Sekolah Pendidikan Khas. Inovasi ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan mempunyai ciri-ciri pendekatan konstruktivis. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan permainan blok dalam pengajaran nilai nombor 1 hingga 9 terhadap murid bermasalah pendengaran. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Sampel kajian terdiri daripada 6 orang murid bermasalah pendengaran Tahun Satu yang tidak melepasi program transisi. Ujian pra dan pasca digunakan untuk mengetahui peningkatan skor sampel kajian selepas menggunakan permainan blok. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan skor sampel kajian dalam ujian pasca. Kebanyakan sampel kajian memberi respon positif terhadap penggunaan permainan blok dalam mata pelajaran Matematik. Kesimpulannya, permainan blok ini boleh diguna pakai untuk membantu meningkatkan pencapaian murid bermasalah pendengaran yang terlibat dalam kajian ini.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Lajiwin@Jovinia Kudun, & Nancy Anthony. (2017). PENGGUNAAN PERMAINAN BLOK DALAM PENGAJARAN MATEMATIK UNTUK MURID BERMASALAH PENDENGARAN (USING BLOCK IN TEACHING MATHEMATIC FOR HEARING IMPAIRMENT STUDENTS). Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/177