INOVASI MENULIS HURUF MENGIKUT ARAH YANG BETUL DENGAN MODEL ADDIE BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Authors

  • Noraspalelawati binti Razali
  • Ros Eliana binti Ahmad Zuki

Keywords:

Belajar melalui bermain, integrasi teknologi, inovasi menulis huruf, Model ADDIE, MBK (Murid Berkeperluan Khas)

Abstract

Kaedah belajar melalui bermain dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah di kalangan kanak-kanak dengan cara membina pengetahuan hasil interaksi dengan persekitaran yang telah dirancang. Namun begitu, pengolahan kaedah ini bersama dengan integrasi aplikasi teknologi kurang diterokai khususnya untuk murid berkeperluan khas. Sehubungan itu, kajian ini yang menumpukan kepada masalah murid berkeperluan khas dalam menulis huruf mengikut arah yang betul menerapkan integrasi kaedah belajar melalui bermain dengan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menulis huruf mengikut arah yang betul adalah penting sebagai asas kemahiran menulis peringkat awal bagi kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menghasilkan inovasi menulis huruf mengikut arah yang betul dengan teknik memandu kereta mainan dan sistem lampu isyarat dengan integrasi kaedah belajar melalui bermain dan aplikasi teknologi khusus untuk MBK. Inovasi bahan instruksional ini direkabentuk dengan menggunakan pendekatan Model ADDIE. Peserta sasaran dalam kajian ini terdiri daripada pelajar lembam, sindrom down dan autism. Pendekatan kualitatif dalam bentuk temubual dan pemerhatian digunakan dalam kajian. Keputusan kajian menunjukkan inovasi yang digunapakai dapat membantu MBK untuk menulis huruf mengikut arah yang betul dengan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Oleh itu, diharapkan penggunaan bahan inovasi ini dapat membantu dalam mempertingkat kebolehan murid berkeperluan khas yang lain menulis huruf mengikut arah yang betul.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Noraspalelawati binti Razali, & Ros Eliana binti Ahmad Zuki. (2017). INOVASI MENULIS HURUF MENGIKUT ARAH YANG BETUL DENGAN MODEL ADDIE BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/178