APLIKASI ‘PICTURES EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM’ (PECS) DALAM MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI ANTARA GURU DAN MURID AUTISME
Keywords:
Pictures Exchange Communication System (PECS), Autisme, Masalah komunikasiAbstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menilai kaedah “Pictures Exchange Communication System‟ (PECS) dalam mengatasi masalah komunikasi antara guru dan murid autisme. Pengkaji telah menggunakan komputer tablet sebagai alat komunikasi dengan murid. Kajian ini dilaksanakan kerana terdapat masalah yang telah dikenal pasti iaitu murid tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Sampel kajian terdiri daripada seorang murid perempuan dari tahun 2 yang mengalami masalah komunikasi. Data dikumpulkan melalui pemerhatian berstruktur dan soal selidik terhadap guru. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan kaedah “Pictures Exchange Communication System” (PECS). Hasilnya, murid dapat berkomunikasi dan memahami arahan guru. Dapatan kajian menunjukkan murid mengalami peningkatan berkomunikasi dengan baik.