KESAN JENIS GENGGAMAN PENSIL MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS

Authors

  • Shamsiah bt Md Nasir

Keywords:

genggaman pensil, kelancaran, menulis

Abstract

Menulis merupakan satu kemahiran utama yang diperlukan oleh kanak- kanak di sekolah semasa proses pembelajaran mereka. Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis seterusnya kualiti penulisan yang dihasilkan adalah cara memegang pensil semasa menulis. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis genggaman pensil dan kesannya terhadap kemahiran menulis murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Analisis jenis-jenis genggaman pensil dalam kajian ini menggunakan Postur Genggaman dalam Urutan Pembangunan Schneck dan Henderson. Responden juga telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat berkaitan cara mereka menulis. Dapatan kajian menunjukkan jenis-jenis genggaman matang teragih kepada beberapa responden dan tidak tertumpu kepada satu jenis genggaman matang sahaja. Jenis genggaman pensil juga didapati tidak mempengaruhi kelancaran proses menulis dan kualiti tulisan responden. Adalah dicadangkan agar murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menulis diberi perhatian sewajarnya agar intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Shamsiah bt Md Nasir. (2017). KESAN JENIS GENGGAMAN PENSIL MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/180