PENGGUNAAN PAP SMILE UNTUK MENGATASI MASALAH PERGIGIAN DALAM KALANGAN MURID- MURID PENDIDIKAN KHAS

Authors

  • Suhaili bt Samsudin
  • Mat Yusof bin Mat Jelani

Keywords:

PAP SMILES ( Panel Aktiviti Pergigian Sentiasa Menggosok Gigi Agar Lebih Sihat )

Abstract

PAP SMILES adalah merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk meningkatkan pengetahuan murid- murid Pendidikan Khas mengenai amalan penjagaan gigi yang betul bagi mengatasi masalah pergigian dalam kalangan mereka. Objektif utama penggunaan PAP SMILE ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah karies gigi di kalangan 13 orang murid pendidikan khas SBT Sekolah Kebangsaan Seri Biram dengan meningkatklan pengetahuan dan kesedaran mereka mengenai amalan penjagaan gigi yang baik , meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam Program SMILES dan meningkatkan keyakinan ahli Kelab Doktor Muda dalam menyampaikan maklumat berkaitan amalan penjagaan gigi.Kaedah yang digunakan ialah dengan menggunakan instrumen kajian seperti borang soal- selidik, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan mengenai amalan pergigian responden telah meningkat daripada 41.3% kepada 95.1%, manakala 90.7% daripada responden bersetuju bahawa penggunaan PAP SMILE membantu mereka melibatkan diri secara aktif dalam Program SMILES dan 99% daripada ahli Kelab Doktor Muda bersetuju penggunaan PAP SMILES membantu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menyampaikan maklumat berkaitan amalan penjagaan gigi., Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian amat penting kepada murid- murid pendidikan khas bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sesuatu konsep dan seterusnya meningkatkan lagi pemahaman mereka. Oleh yang demikian penggunaan PAP SMILES yang bersifat didik hibur, dan mengandungi pelbagai elemen sudah pastinya amat bersesuaian dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam Program SMILES dan pengetahuan mereka mengenai amalan pergigian yang baik.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Suhaili bt Samsudin, & Mat Yusof bin Mat Jelani. (2017). PENGGUNAAN PAP SMILE UNTUK MENGATASI MASALAH PERGIGIAN DALAM KALANGAN MURID- MURID PENDIDIKAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/181