PENGGUNAAN ALAT BANTU / RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN MODEL UDL

Authors

  • Nor ‘Azah Ahmad Safran
  • Mustaffar Abd Majid

Keywords:

Pengunaan, Alat bantu / resos, resos, Model UDL

Abstract

Universal Design for Learning (UDL) telah dikenal pasti sebagai model pengajaran kontemporari untuk menggalakkan gabungan dan peluang yang saksama bagi semua murid termasuk MBK. Tiga prinsip asas menjadi landasan dalam kerangka konsep UDL iaitu pelbagai kaedah penyampaian pengajaran, pelbagai aktiviti MBK bersuara dan pelbagai kaedah pembelajaran afektif. Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk meninjau dan meneroka penggunaan alat bantu atau resos dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) Pendidikan Khas berasaskan Model UDL. Responden kajian dipilih sebagai persampelan bertujuan iaitu 3 orang guru pendidikan khas (PK) yang ditemubual untuk pengumpulan data. Data telah dikodkan dan dianalisis mengikut tema yang sama. Guru PK telah mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran menggunakan alat bantu atau resos yang diubahsuai mengikut kreativiti. PdP dilaksana menggunakan strategi pelbagai bagi meningkatkan penglibatan MBK memperoleh pembelajaran afektif. Kaedah pengajaran yang pelbagai seperti differentiated instruction akan memboleh guru menggunakan alat bantu resos berasaskan Model UDL dengan lebih baik. Justeru pendedahan prinsip-prinsip UDL kepada pihak pentadbir, guru resos dan guru PK perlu dipertimbangkan untuk meningkatkan penggunaan resos / alat bantu PdP

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nor ‘Azah Ahmad Safran, & Mustaffar Abd Majid. (2017). PENGGUNAAN ALAT BANTU / RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN MODEL UDL. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/182