KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA ALIR BERGAMBAR i-THINK DALAM PENGHASILAN KEK COKLAT OLEH MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Authors

  • Faranina Binti Saleh

Keywords:

i-THINK, murid-murid masalah pembelajaran

Abstract

Gabungan gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik mungkin sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran yang tidak mengenal huruf, mengeja atau tidak boleh membaca. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta alir bergambar i-THINK dalam memandu murid-murid yang tidak boleh membaca untuk menghasilkan kek coklat semasa kelas bakeri bagi mata pelajaran vokasional mereka. Keberkesanan penggunaan peta alir bergambar i-THINK ini diukur menerusi kemampuan murid untuk membuat kek mengikut resepi yang dipaparkan secara bergambar serta kualiti kek yang dihasilkan. Seramai 4 orang subjek yang tidak boleh membaca (TBM) dan empat orang subjek yang boleh membaca (BM) terlibat dalam kajian ini. Pencapaian murid-murid TBM dibandingkan dengan pencapaian murid-murid BM yang turut membuat kek yang sama tetapi mereka menggunakan peta alir bergambar i-THINK berserta arahan bertulis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara murid-murid TBM dan BM dari segi penyediaan bahan c dan alatan yang ditetapkan membuat kek; pematuhan kepada langkah-langkah membuat kek dan kualiti kek yang dihasilkan. Selain daripada itu, kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) antara proses pembuatan kek dengan kualiti kek yang dihasilkan. Sebagai kesimpulannya, peta alir bergambar i- THINK yang digunakan dalam kajian ini berkesan dalam memandu murid- murid TBM untuk membuat dan menghasilkan kek yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan peta alir bergambar i-THINK dapat diperluas guna untuk membantu murid-murid TBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di masa akan datang.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Faranina Binti Saleh. (2017). KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA ALIR BERGAMBAR i-THINK DALAM PENGHASILAN KEK COKLAT OLEH MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/183