TAHAP PENGETAHUAN GURU DALAM MENGGUNAKAN TERAPI SENSORI INTEGRASI UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

Authors

  • Nur Solehah Ab Halim

Keywords:

Tahap pengetahuan guru, terapi sensori integrasi, murid berkeperluan khas

Abstract

Terapi Sensori Integrasi (TSI) semakin mendapat tempat dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru mengenai TSI dan mengenalpasti teknik atau peralatan TSI yang digunakan oleh guru. Kajian ini dijalankan secara tinjauan mengunakan instrumen soal selidik terhadap 65 orang guru-guru pendidikan khas. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru-guru mengenai terapi ini di tahap sederhana. Antara teknik-teknik berasaskan sensori yang sering digunakan adalah, peralatan kemahiran manipulative taktil, aktiviti mengangkat dan membawa barang dan juga aktiviti melompat atau menggunakan trampolin. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pengetahuan dan teknik pengajaran guru, seharusnya latihan dan kursus-kursus mengenai TSI seharusnya dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nur Solehah Ab Halim. (2017). TAHAP PENGETAHUAN GURU DALAM MENGGUNAKAN TERAPI SENSORI INTEGRASI UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/184