PENGGUNAAN BAHAN ‘BLOCK MANIPULATION’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR 0 HINGGA 10 MURID SLOW LEARNER

Authors

  • Noranida binti Ropotoh
  • Khadijah binti Amat@Kamaruddin

Keywords:

Block Manipulation, Kemahiran Menambah, Slow Learner

Abstract

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah suatu proses untuk memperbaiki pelaksanaan pengajaran seseorang guru atau untuk mengatasi sesuatu masalah yang berlaku di dalam kelas atau sekolah. Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat adakah penggunaan bahan „block manipulation‟ berkesan dalam meningkatkan kemahiran menambah seorang murid berkeperluan khas. Subjek kajian adalah seorang murid „slow learner‟ daripada Program Integrasi Pendidikan Khas di salah sebuah sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka. Pemerhatian awal mendapati murid tersebut menghadapi masalah dalam kemahiran menambah nombor 0 hingga 10. Tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini ialah intervensi menggunakan bahan „block manipulation‟. Konsep pembelajaran yang telah digunakan ialah penggunaan bahan „konkrit kepada abstrak‟. Bahan ini telah digunakan untuk mengajar murid tersebut menguasai kemahiran menambah nombor 1 hingga 10 sebelum diajar kemahiran yang lebih tinggi. Untuk melihat keberkesanan bahan ini, beberapa prosedur telah dijalankan termasuk semakan terhadap buku latihan murid, pemerhatian dan temubual. Ujian pra dan ujian pasca juga telah dijalankan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran menambah nombor 1-10 murid tersebut. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan „blok manipulation‟ telah dapat meningkatkan kemahiran menambah murid tersebut.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Noranida binti Ropotoh, & Khadijah binti Amat@Kamaruddin. (2017). PENGGUNAAN BAHAN ‘BLOCK MANIPULATION’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR 0 HINGGA 10 MURID SLOW LEARNER. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/185