PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS MURID CACAT PENDENGARAN

Authors

  • Norisah Ahmad

Keywords:

Guru Pendidikan khas, Pembelajaran abad ke 21, Murid bermasalah cacat pendengaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru pendidikan khas pelajar cacat pendengaran dengan melaksanakan Pembelajaran Abad Ke -21 (PAK21). Kaedah kajian menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam dengan guru-guru pendidikan khas yang mengajar pelajar cacat pendengaran.Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah rendah di daerah Klang, Selangor.Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar cacat pendengaran dan kaedah yang sesuai untuk mengajar pelajar cacat pendengaran adalah dengan menggunakan PAK21, dalam kalangan guru pendidikan khas. Pada keseluruhannya hasil analisis menunjukkan majoriti guru Pendidikan Khas melaksanakan PAK21 kerana mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam mengajar, mengamalkan kaedah dan menggunakan sumber atau kemudahan fizikal dan bahan pengajaran yang paling asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar cacat pendengaran. Oleh itu, konsep kreatif dalam teknik pembelajaran dalam PAK 21 boleh membuahkan hasil yang lumayan dalam aspek pemahaman pelajar. Hal ini, juga membuatkan pelajar seronok untuk belajar dan daripada keseronokkan itu akan menyebabkan pelajar mudah untuk menjana idea-idea baru, berfikir secara kritis. Pekembangan pemikiran pelajar juga dapat dipupuk dengan baik dan bukan hanya fokus pada peperiksaan, namun mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka dengan kehidupan harian dan masa akan datang. Kepentingan kreatif, inovatif, kritis dalam aliran pendidikan khas juga tidak boleh disangkal lagi. Penglibatan oleh semua pihak adalah sangat diperlukan untuk melihat kejayaan hasrat tersebut mencapai kejayaan. Bagi melihat penyediaan pendidikan murid berkeperluan khas diberikan sama rata dengan pelajar arus perdana, pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.Peranan sekolah, guru dan ibu bapa adalah tunjang utama dalam pelaksanaan elemen-elemen kemahiran abad ke -21 ini, supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif bertaraf dunia. Apatah lagi, penyediaan peluang pendidikan sama rata kepada semua murid di Malaysia adalah matlamat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Norisah Ahmad. (2017). PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS MURID CACAT PENDENGARAN. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/192