PUNCA DAN CIRI-CIRI MASALAH PEMBELAJARSN DALAM KALANGAN CALON PELAJAR SIJIL ASA JAHITAN KREATIF DI KOLEJ KOMUNITI KUCHING

Authors

  • Nurina Pillin Sibat
  • Valerie Lia Simon
  • Dylinda Andrew

Keywords:

Masalah pembelajaran, punca masalah pembelajaran dan ciri–ciri masalah pembelajaran

Abstract

Proses pembelajaran adalah suatu proses mempelajari sesuatu ilmu dan kemahiran manakala masalah pembelajaran pula adalah kesukaran atau kerencatan dalam menguasai satu atau lebih kemahiran berfikir, psikomotor, dan pertuturan. Masalah pembelajaran juga merangkumi masalah dari segi sosial dan pergaulan dan masalah tumpuan terutama dalam aspek pembelajaran. Responden adalah terdiri dari kalangan 32 orang calon (10 orang bagi sesi Mac 2016, 22 orang bagi sesi Mac 2017) yang menghadiri temuduga pengambilan pelajar sijil asas jahitan kreatif. Temuduga telah dilaksanakan bersama pelajar dan ibu bapa calon sebelum mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Kuching. Calon – calon ini berusia di antara 17 hingga 27 tahun. Hasil daripada temuduga mendapati bahawa kebanyakan calon telah didiagnosis sebagai disleksia, slow learner, dan autistik. Walau bagaimanapun, dalam kad OKU calon hanya tertera masalah pembelajaran. Daripada temuduga lanjutan bersama ibu bapa atau penjaga (wakil) pula mendapati bahawa punca masalah pembelajaran dalam kalangan calon adalah berkaitan dengan masalah kesihatan pada peringkat bayi (selepas kelahiran). Satu ciri yang paling ketara dalam kalangan calon pula adalah berkaitan kemahiran psikomotor iaitu kesukaran memegang alat memotong kain (gunting). Intervensi awal dan sokongan keluarga pula didapati berkesan dalam mengurangkan simptom yang calon alami kerana hampir kesemua calon (29 calon) tidak menghadapi masalah mengenal huruf dan membaca petikan yang ringkas. Bagi menyokong hasil dapatan kajian ini lebih banyak kajian melibatkan kesemua kolej komuniti (yang menawarkan pengajian khas) seluruh Malaysia perlu dilaksanakan pada masa akan datang.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nurina Pillin Sibat, Valerie Lia Simon, & Dylinda Andrew. (2017). PUNCA DAN CIRI-CIRI MASALAH PEMBELAJARSN DALAM KALANGAN CALON PELAJAR SIJIL ASA JAHITAN KREATIF DI KOLEJ KOMUNITI KUCHING. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/196