About the Journal

Buku Amalan Terbaik dalam Pendidikan Khas dan Inklusif ialah koleksi artikel amalan terbaik yang ditulis oleh guru-guru pendidikan khas dan inklusif berdasarkan pengalaman luas guru bersama Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Penerbitan buku ini diharap dapat menjadi motivasi kepada semua guru pendidikan khas dan inklusif untuk terus membudayakan perkongsian ilmu melalui penulisan, serta mengadaptasi amalan terbaik dalam bilik darjah untuk manfaat MBPK secara keseluruhannya. SEAMEO SEN percaya buku ini dapat berfungsi sebagai sumber rujukan untuk amalan terbaik bagi menggalakkan pembelajaran inklusif untuk MBPK. Adalah diharapkan selain guru, pihak lain seperti ibu bapa juga dapat memanfaatkan amalan terbaik ini untuk anak-anak mereka. Artikel yang diterbitkan ditulis dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kandungan editorial adalah hak milik SEAMEO SEN manakala penulis memiliki hak cipta untuk artikel yang ditulis oleh mereka. Semua artikel yang dihantar telah dinilai oleh panel penilai yang dilantik.

Current Issue

Vol. 1 No. 1 (2022): BUKU AMALAN TERBAIK DALAM PENDIDIKAN KHAS DAN INKLUSIF
					View Vol. 1 No. 1 (2022): BUKU AMALAN TERBAIK DALAM PENDIDIKAN KHAS DAN INKLUSIF

Buku Amalan Terbaik dalam Pendidikan Khas dan Inklusif telah diterbitkan dalam dua (2) jilid iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kejayaan penerbitan keluaran khas ini adalah hasil kerjasama strategik antara SEAMEO SEN dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Seramai 50 orang guru pendidikan khas dan inklusif di Negeri Melaka telah dipilih dan terlibat dalam tiga (3) siri bengkel penulisan artikel anjuran SEAMEO SEN. Seramai lima (5) orang fasilitator terdiri dalam kalangan peserta bengkel telah dilantik untuk membimbing guru-guru sepanjang mereka menghasilkan penulisan. Buku amalan terbaik ini adalah merupakan usaha dan kerja keras 49 orang guru dari Negeri Melaka, Malaysia yang telah menghasilkan 64 artikel (45 artikel ditulis dalam Bahasa Melayu dan 19 artikel ditulis dalam Bahasa Inggeris) yang memfokuskan kepada amalan terbaik dalam  pendidikan khas dan inklusif. Artikel ini dikategorikan kepada lima (5) sub-tema iaitu; Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, ICT dan Teknologi Bantuan, Modifikasi Tingkah Laku, Strategi Pengajaran dan Transisi Sekolah ke Kerjaya.

Published: 2022-12-09

Articles

View All Issues